Assalamualaikum 💟
Setiap kali hari minggu, kami bingung nak pergi mana. Encik suami saya memang kuat berjalan. Kami merancang untuk ke Penang lagi sebab trip lepas satu malam tak puas katanya. Jadi kali ni trip nak balas dendam. Bila fikir semula macam tak berbaloi, jadi kami nak cari tempat yang dekat-dekat saja untuk bersantai. IPOH! Itu yang terlintas dalam fikiran. Tapi bila plan last minute ni jadi acuh tak acuh je jadinya. Akhir sekali keputusannya pergi Muar pekena Asam Pedas!
Bertolak pukul 11 tengah hari, nasib baik Ziyad mood ok bangun. Jadi mudah sikit nak mandikan dia. Bawak bekal roti siap-siap takut anak lapar. Maklumlah, perjalanan ambil masa 2 jam lebih juga. Sampai di sana, suami bawa makan di Warung Asam Pedas Kilat. Dia pernah makan di sini dengan kawan-kawan bikers dia. Jadi dia bawak family pula merasa. Masa ni yang ada ikan pari, ikan merah, belangkas. Ikan Mayong dah habis (My Fav!) Kami ambil kepala ikan merah, ikan pari dan ikan tenggiri. Lapar punya pasal nasi tambah sampai dua pinggan. Cukup makan dengan telur dadar dan kicap peh!! Boleh waze saja lokasi ni, menu dia 4/5 bintang.
Asam Pedas Telur Ikan Mayong - Gambar Ihsan En Suami & Rakan2 |
Tak ramai pun orang mungkin kami sampai pun dah lewat. Kami kemudian bersiar-siar ke Tanjung Emas, mengimbau kenangan zaman kecil dulu, Baba selalu bawa keluarga duduk di tepi muara sungai ni. Lepas tu wajib pekene rojak buah. Sekarang suasana dah lain. Lepas ambil angin laut, kami mencari Mee Bandung Muar sampai ke Parit Jawa jauhnya. Sebab google, ada satu tempat ni yang popular Mee Bandung Mak Pang, tapi malangnya tutup. Sadis betul. Wa pun bawa ke kedai saudara, memang dia berniaga Mee Bandung, rasanya ramai yang tahu kedai ni, sebab lokasi dia memang strategik. Kalau dari Tangkak nak ke Bandar Muar, di Tanjung Agas betul-betul selepas Sekolah Menengah Sains Muar (My School!!) dan sebelum Petronas akan nampak signboard besar kedai dia.
Harga RM4.50 ok lah siap ada udang besar juga. Maaf tak sempat tangkap gambar Mee Bandung, Wa makan Mee Rebus. Sedap juga harga sama. Ada juga Asam Pedas dan Mee Soto kalau nak. Servis dia boleh kata cepat juga dan orang sentiasa ramai.
Kenyang betul perut ni, lepas makan singgah solat dan bertolak ke KL semula. Alhamdulillah trip macam ni memang seronok dan enjoy. Thank you Papa!
http://www.hasnyjalil.com/ |
Kenyang betul perut ni, lepas makan singgah solat dan bertolak ke KL semula. Alhamdulillah trip macam ni memang seronok dan enjoy. Thank you Papa!
No comments:
Post a Comment