Raya 2017 | Shopping Raya di Jalan TAR, KL

Wednesday, August 2, 2017
Assalamualaikum 💟

Alhamdulillah, tahun ni Ziyad ada pengalaman baru untuk raya. Tahun lepas tak faham lagi apa-apa sebab tak cukup setahun. Awal tahun lagi, kami bercadang untuk sewa hotel khas untuk shopping raya di Jalan TAR. Kami menginap di K Hotel betul-betul atas Muaz Textile. Memang strategik untuk bershopping! Check in hari Sabtu, kami tiba di Jalan TAR awal pagi sebelum pkul 12 lagi. Kami park kereta di bangunan CIMB, dan ke SOGO. Pagi-pagi dah ramai memenuhi ruang kat SOGO dan juga Jalan TAR!!! 



Penat pula dah berjalan di SOGO, sempat membeli juga untuk barang suami. Tapi masa ni kaunter bayaran masih lagi terkawal. Kemudian, kami terus check in dan membuta. Hehe. Bilik dia ok juga, dengan range harga dalam RM120 macam tu bilik yang kami dapat agak besar juga. Boleh lah sekadar nak bermalam. Tak macam hotel sebelum ni kami ada pengalaman di Penang & Johor Bahru. Harga yang sama tapi bilik kecil sampai nak lalu berdua pun berselisih. Memang puas hati dengan K Hotel ni. Dalam pukul 4 petang, kami keluar sambung berjalan ke pasar Jalan TAR.



Masa ni orang tak berapa ramai. Ramai lah tapi tak padat sampai jalan pun kene bahu sebelah. Masih selesa nak membeli. Memang if siapa ada anak kecil nak bawak masa ni sesuai lah. If malam, jangan lah bawak anak kecil, kesian sangat sebab berhimpit-himpit, panas dan boleh sesak nafas. Wa ada jumpa orang bawak anak baby lagi, leher lembik lagi, tak sesuai nak bawak. If bawah setahun tu elakkan, if dah setahun pun tengok juga keadaan. Wa memang tak suggest, kami ulang semula untuk malam tu. Orang terlalu ramai, nak membeli pun takda mood lagi dah. Memang tak nak pergi if bawa anak masa malam dah lepas ni. Even Ziyad tak meragam, tapi kita tengok dia berpeluh-peluh kesian. Tambah-tambah dia nak susu haus dan suami pula angkat dia sepanjang jalan. Penat dan kesian!

Selesai cuci mata kami ke Campbell cari baju suami. Tak ramai ramai masuk ke sini, Wa pula pertama kali masuk Campbell ni. Rupanya dalam ni banyak kedai untuk saiz besar. Saiz sehingga 5XL dan seluar sehingga size 52 tak silap. Memang di SOGO size semua banyak tak jumpa hihi kat Campbell ni jadi syurga dia pula. Sakanlah dia shopping baju dan seluar! Memang bagus kualiti dan pilihan dia, if siapa-siapa plussize lelaki wajib datang sini.

Kami berbuka dengan tapau di kedai makan Nasi Kandar depan Campbell. Tak ingat namanya apa, tapi betul-betul di bangunan Houz Depot. Makan saja di bilik dan berehat. Selepas isyak kami sambung berjalan ke pasar. Macam Wa cerita tadi, agak menyesal juga bawak anak. Tapi kita exited nak tengok suasana shopping raya tu kan. Cukup lah pengalaman tu, if kami berdua mungkin lebih senang nak berjalan. Ada parent bawak stroller. Tapi susahkan orang lain nak berjalan, pendek kata elakkan lah bawak anak. Wa nak cari barang yang masih belum dapat, malam tu Wa settlekan cari baju dan tudung dan pulang ke bilik. Suasanan malam di Jalan TAR memang meriah sangat-sangat. Seronok if dapat jalan-jalan lagi malam tu, tapi kesian kat anak. 



Lewat malam, suami keluar sendiri untuk cari makan sahur. Suami berjalan sehingga ke Jalan Masjid India. Katanya lebih ramai dan padat! Sempat lah juga dia ke Restoran ABC tapau nasi dan kari ayam (memang sedap dan popular) dan teh tarik dia memang power! Kedai ni ramai orang tau sebab popular dengan kari dia. Esok kami check out pukul 12. Memang seronok if shopping dan bermalam di Jalan TAR. If tak bermalam memang penat tambahan lagi, masa berpuasa. Tahun depan nak repeat lagi. Rasanya boleh jadi agenda wajib setiap tahun hehe.




No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams