Roadtrip | Jalan Dari Kajang ke Muadzam Shah & Kuantan Part 1

Monday, February 3, 2020
Assalamualaikum! Bulan Januari 2020 memang bulan yang sangat-sangat sibuk dengan anak-anak. Mana taknya, anak-anak demam, batuk dan selesema berganti-ganti. Tambahan, drama airmata Abg Ziyad hari-hari ke sekolah buat Mama dia risau. It's been hectic and tired months for me. Sekarang sibuk dengan virus di mana-mana, anak-anak Alhamdulillah negatif virus tersebut.Then, bila suami kata dia ada trip ke Muadzam Shah soon, mulut cepat-cepat kata OK! 

Wa jarang ke arah Pantai Timur, tapi memang tak dapat bayangkan jalan-jalan ke sana yang seperti anda tahu, ada yang bukan jalan highway. Hutan-hutan, area felda, terutamanya di kawasan macam negeri Pahang kan? Suami ajak bertolak pukul 3 pagi! Dalam hati agak risau sebab tak biasa lalu kan, dalam fikiran mungkin gelap dan sunyi. Tapi cepat-cepat positifkan hati. Gulp!

Kami bertolak dari Kajang, anak-anak memang tidur tak sedar diri. Qawiyy lena dalam carseat, Abg Ziyad letak bantal siap dan selimut kegemaran dia (Bik), tukar pampers anak-anak supaya senang nanti tak bocor. Waze tunjukkan jalan melalui LEKAS dan menuju ke Kuala Pilah. Lalu di LEKAS jalan memang lengang, tapi yang buat Wa rasa ok adalah lampu sepanjang jalan. Walaupun, takda kereta tapi masih boleh positif haha. 

Sampai je area Senawang, dia minta guna Bukit Putus! Wa cepat-cepat cakap dengan suami, pakai jalan lain. Memang ramai tahu Bukit Putus ni, seram-seram nak-nak kami masa tu belum lagi pukul 4 pagi. Gila apa? Nasib guna jalan lain haha, tapi apa yang Wa puji, jalan ke Kuala Pilah dan seterusnya memang cantik dan terang! Memang tak risau if travel malam hari. Oleh kerana lapar singgah kejap kat Mc Donalds. Hebat betul pekan Kuala Pilah, ada drive thru okay!

Dalam 4.30 pagi kami bertolak semula. Bila sampai area Bahau-Keratong jalan mula masuk ke sunyi, gelap dan sempit. Dari arah bertentangan memang banyak lori-lori. Kene lebih hati-hati, suami kata dia suka jalan malam sebab nampak lebih jelas lori/kereta yang lalu dan kawasan-kawasan macam ni, if siang langi bahaya sebab banyak kereta dan lagi banyak kene potong lori-lori.

Risau juga, Wa memang tak boleh tidur. Tapi tak jauh sangat pun dalam 1 jam lagi. Alhamdulillah pukul 6 pagi kami sampai di Muadzam Shah. Kami berhenti di Petronas dan tidur sementara tunggu cerah. Meeting suami pukul 9.30 pagi, jadi ada masa kami nak tidur. Anak-anak pun tidur lagi. Syukur sangat tiba dengan selamat.

Usai saja habis meeting, kami terus bertolak ke Kuantan. Oh, kami tunggu dalam kereta saja masa suami tiada. Anak-anak lapar, nasib ada tapau burger dari McD tadi. Tukar pampers masing-masing dan berhenti kejap di Petronas Gambang sebab Qawiyy membuang haha, alang-alang mandikan sekali. Alhamdulillah sampai di hotel kami! Super exicited sebab?


No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams