Roadtrip | Kembara Myvi dari Kajang ke Krabi, Thailand Part 2

Thursday, March 1, 2018
30/12/2018 - Sabtu, Day 3

Sarapan pagi kami ke buffet menaikai buggy. Sebab tempat sarapan agak jauh dan berbukit sedikit. If preggy macam Wa memang tak larat nak naik hehe. Ia terletak di blok hotel yang terasing sedikit, kerana disini mempunyai pemandangan yang indah suasana bukit bukau. Dimana, bilik kami pulak terletak di blok yang paling depan iaitu satu blok dengan reception.


Blok ini mempunyai private pool area dan jakuzzi. Memang cantik waktu pagi dan malam. Lepak-lepak di kerusi malas sambil menikmati permandangan bukit ni. Sarapan di sini tak banyak pilihan tapi pada Wa sudah lengkap. Makanan berat seperti Pad Thai, bubur, western breakfast, roti, buah-buah, telur etc. Not bad juga. Bawa bekal balik ke hotel untuk anak, roti hehe.


Setibanya di bilik, kejut anak dan suami kami bersiap-siap untuk check out ke Pekan Krabi pula. Sebab kan suami tak pasti nak bermalam di mana malam kedua pada awalnya, jadi suami booking 1 malam saja di sini. Bila nak booking malam kedua, banyak hotel area Aonang dah penuh. Oleh kerana nak sangat pergi night market, suami cadang tidur di pekan Krabi saja lebih mudah. Alhamdulillah ada hotel yang kosong.

Elephant Ride
Mertua cadang untuk kami bawa Ziyad menaiki gajah. Nak bagi pengalaman dan yang pasti nak beri dia terhibur. Maklumlah, perjalanan ke Krabi amat memenatkan. Bagi juga satu "hadiah" pada si kecil. Kami waze saja berdekatan di Aonang, terdapat satu tempat kira2 15min perjalanan. Sampai di sana hanya kami saja yang ada. Suami naik dengan anak, saya dan mertua tunggu di pondok bersama kopi dan biskut. Suami ambil pakej berjalan-jalan dengan bagi makan gajah. Harga lebih kurang RM60. Ada 20 minit ke 30 minit tunggu. Last sekali gajah di bawa ke dalam kolam untuk main air, masa ni dah cuak tengok. Dengan seat suami senget-senget, berpeluh jugak tengok haha. Nasib la dia tak rendam dalam-dalam. Lepas tu habis, sementara tunggu tu ada la satu keluarga juga datang ke Krabi naik kereta macam kami. Borak-borak juga, diorang suggest untuk keluar border nanti ikut Wang Kelian, tak ramai orang.








Kedai Makan Hasanah
Lepas settle di sana, kami terus mengisi perut sebelum menuju ke bandar Krabi. Terjumpa kedai makan halal ini, di depannya terdapat pasar basah agak besar juga. Memang teringin nak singgah ke pasar ni sebab nak cari buah. Yang menariknya di kedai ini ada signboard tulis "Boleh Berbahasa Melayu" ada pula bendera Malaysia. Memang tak fikir panjang kami terus masuk dan order. Makanan yang kami order Nasi Pad Kra Pao, Fried Wing (sedap), Tom Yam, Kerabu Mangga. Memandang anak susah nak makan nasi, bagi je makan ayam tu terus dia nak lagi, memang sedap. Yang lain pada saya, biasa saja.



Pasar Aonang
Memang tak nak lepas kan peluang jika dapat ke pasar basah (dalam hati harap2 takda jual En Bi) lepas makan terus ajak mertua ke sini, anak dan suami tunggu dalam kereta. Rambang mata tengok sayur-sayur dan ikan-kan. Memang fresh! Memang banyak yang rare juga. Sampai terpesona tengok bawang putih gemuk-gemuk kelopak isinya, borong juga mertua hehe.



Kalau lah boleh bawak balik sotong ni, besar dan cantik-cantik lagi tengok. Ikan pun mata masih cantik. Mampu tengok jela, if buat BBQ sedap ni!



Tak jalan rata sangat, tapi kebanyakkan di sini Islam, jual-jual makanan banyak kepada kuih-kuih, kerabu, ikan bakar, cucur, dan banyak lagi makanan, tapi tak berkenan pula tengok.



Oh buah, tujuan tadi nak tengok buah, tapi kecewa sebab buah macam kat Malaysia juga. Mungkin takda musim kot macam buah ciku, buah laici. Tak pasti juga. Sempat juga beli tembikai sebab nampak merah dan rangup untuk makan di dalam kereta. Dan juga buah mata kucing, bulat-bulat isinya. Harga murah sikitlah, dalam RM3-4 je, tapi memang manis. Selesai membeli kami terus menuju ke destinasi. Cuaca masa ni hujan renyai-renyai.

Mansion Hotel, Krabi
Masa yang diambil dari Aonang ke Krabi lebih kurang 1 jam lebih. Memandangkan hari hujan, suami bawa relax-relax saja. Tak jauh sebenarnya. Dalam perjalanan, terdapat penduduk tempatan jual nenas. Memang banyak!! Manis-manis belaka, malangnya saya tak boleh makan sebab masih awal lagi kandungan. Mertua borong juga. Harga mengikut saiz. Yang saiz sederhana, 6 biji RM10 lebih kurang. Mertua pilih yang 6 biji dan 4 biji RM10 untuk bawa pulang.

Tiba di hotel, lebih kurang lewat petang. Agak nampak old school sikit hotel ni tapi mana nak dapat bilik kosong waktu hari minggu dengan harga murah. Redah saja, janji dapat tidur. Hotel ini 4 tingkat tapi malangnya tiada lif. Mengah juga nak menapak naik. Wa yang mengandung ni memang mengah tambah lagi orang tua memang kesian. Bawa barang yang perlu je bila nak naik sebab 1 malam saja di sini. Harga 1 malam lebih kurang RM70 katil double dan single lagi. Boleh la tahan. Bilik besar dan bersih.



Yang peliknya, setiap floor kami naik tangga tu sunyi dan malap saja lampunya. Ish scary pun ada, memang tak sedap hati. Tapi kat lobby ada saja pelanggan. Pada mulanya bilik kami tingkat atas sekali bilik paling hujung. Sunyi je, macam kami saja di tingkat tu. Air cond rosak pulak, tukar bilik sebelah. Tapi ada juga lah bunyi-bunyi pintu macam orang keluar masuk. Hehe lega la jugak. Hotel ni betul-betul depan jalan utama, parking memang kat belakang bangunan, tapi masa tu kosong. Kami park di depan hotel. Senang nak angkut barang.

Krabi Night Market
Memandangkan terpengaruh dengan gambar-gambar makanan street food Thailand, memang lah tak sah kalau tak jejakkan kaki ke mana-mana night market. Lihat saja di Hatyai, memang terliur. Jadi gambaran Wa bila ke sini mungkin lebih meriah. Dari hotel ke sini agak dekat dalam 10 minit saja. Cuma parking agak sukar sedikit, jadi kami parking agak jauh. Stroller anak memang kami bawa. Tibanya di sana memang ramai orang, tapi mungkin kami agak lewat sebab makanan ada yang da habis.




Apa yang Wa lihat, makanan memang banyak tapi tak banyak pilihan untuk yang Halal. Tiada yang menarik senang cakap, barang-barang yang lain sama saja seperti uptown cuma rasanya uptown lagi banyak barang. Atau mungkin nasib kami tak baik. Dua tiga kali juga round tempat sama, tapi masih lagi tak tahu nak beli apa. Last round baru lah, beli air jus, jagung rebus, crepe kelapa (mini) dan buah potong. Beli keychain juga di sini. Kemudian kami balik dan terus cari makan malam. Lupa pula nak beli tshirt kenangan hehe.







Kedai makanan halal ada terletak berhampiran di pasar malam tu. Seberang jalan, boleh jalan kaki saja. Ada juga tempat lain, tapi kene naik kereta. Jadi kami pilih mudah. Masa ni da penat nak berjalan....makan berdekatan saja. Balik masing-masing penat, lepas makan-makan tumbang!

Sambungan Part 3.


















No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams