My First Duck Scarves

Thursday, August 10, 2017
Assalamualaikum 💟

Tipulah bagi seorang wanita tak teringin nak sesuatu yang cantik dan menawan hati. Pada mulanya memang tak teringin, tapi selepas koleksi Alhambra keluar, rasa macam semacamlah! Tahan juga kemahuan itu, tengok juga poket sendiri. Rasanya tak mampu nak beli lagi. Kemudian keluar pula koleksi Singapore. Kali ini memang tertawan. Tak menahan rasa tengok haha. Dalam  hati tanam hasrat nak miliki satu pun jadilah. Saja nak merasa, best ke pakai dUck ni!


Mulalah bisik pada suami...di suatu malam.

Papa, I teringin nak pakai Duck Scarves ....
Berapa?
Kalau Limited Edition RM250, tapi...dah habis PS jual RM290
Ok, nanti Papa transfer duit
Gulp! Betul ke Papa?

Terima kasih Papa atas hadiah ini, bukan selalu kan. Tapi sampai rasa sayang nak pakai. Sehingga sekarang masih tersemat di dalam kotak. Belum fikir lagi nak pakai bila dan tempat yang sesuai. Kalau nak tahu hari minggu tu kami terus ke Pavillion untuk beli. Nanti Wa share cerita naik MRT ke Pavillion dengan Ziyad :)

No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams