Roadtrip | Kembara Overlander dari Kajang ke Krabi, Thailand Part 1

Wednesday, February 7, 2018
Assalamualaikum

Bersarang sikit, tapi untuk kenangan mari kita coretkan sedikit cerita yang masih lagi hangat. Roadtrip kali ni mencipta kelainan sedikit sebab agak jauh dan keluar dari bumi Malaysia. Thailand! Yes, siapa ada terfikir nak memandu ke Thailand dengan bercuti bersama keluarga. Pada mulanya Wa hanya yakin untuk memandu ke Hat Yai memandangkan hanya (58KM) 30 min drive saja dari sempadan Bukit Kayu Hitam berbanding dengan Krabi yang ambil masa hampir (332KM) 5 jam perjalanan. Tapi last minit, En Suami tukar rancangan ,last minit juga booking hotel pada hari Khamis. Ini semua kerja En Suami yang punya idea gila. Manakan tidak, Wa pula pregnant agak ragu-ragu nak berjalan jauh-jauh begini dengan takut keadaan jalan yang tidak ok. Perkara pertama dalam fikiran adalah, selamat ke? Macam mana keadaan jalan? Hutan? Ini cerita nya ;

28/12/2017 - Khamis - Day 1
Harini Wa ambil cuti untuk packing-packing baju. Mertua masak nasi lemak untuk bekalan perjalanan dari Kajang ke Penang. Kami rancang untuk bermalam di Penang rehat-rehat sementara untuk masuk ke sempadan pada awal pagi sekurang-kurangnya pukul 7-8 pagi. Bertolak dari rumah pukul 5, kami berehat di RNR Rawang sambil makan nasi lemak dan air kopi Starbucks, memang wajib beli jika nak ke utara untuk hilangkan mengantuk. Tiba di Penang dalam pukul hampir 10 malam. Kami menempah hotel berdekatan Bandar Seberang Jaya. The Blanket Hotel. Ok juga sekadar nak hilangkan penat. Berada di tengah bandar, banyak kedai makan Nasi Kandar dan ada Sunway City Mall.

Pebelanjaan 

Minyak Myvi Full Tank RM 70.00
Starbucks for 3 RM 40.00
PLUS Toll ( Kajang - Juru) RM 53.00
Nasi Kandaq Penang RM 30.00
Blanket Hotel RM 111.00
TOTAL RM304


Total Distance Travel ( Kajang - Blanket Hotel , Seberang Jaya ) 365 KM

29/12/2017 - Jumaat - Day 2
Kami check out hotel jam 5 pagi , dan pengembaraan kami ke Krabi bersambung menuju ke sempadan Bukit Kayu Hitam.Kami singgah di pekan Changlun untuk pengurusan Insurance kereta dan dokumen-dokumen lain untuk urusan masuk ke Thailand. Perjalanan kami dari hotel ke Changlun kami mengambil masa 1 Jam 30 Minit . Tepat jam 6.30 pagi kami sampai di kedai untuk urusan dokumentasi masuk ke Thailand dan kami minta pihak kedai urusankan insurance dan isikan borang.

1. TM2 Information of Conveyance form.
2. TM3 Passenger List form 
3. TM6 Card (Arrival/Departure white card).

Insurance kereta RM16.00 dan isi borang setiap passport hanya RM2.00 seorang untuk satu borang. Masa sampai ni memang takda orang lagi, tapi lepas kami selesai berduyun-duyuin group motor datang singgah untuk buat insurance juga.
Tips : Pastikan anda tahu bila waktu sempadan buka, jadi anda boleh rancang perjalanan anda. Kalau boleh tak nak bertembung dengan group motor dan bas persiaran yang sudah pasti, akan meramaikan dan melambatkan urusan di sempadan.



Tepat pukul 8 pagi kami di sempadan urusan melalui imigresen Malaysia. Tak perlu turun kereta, kaunter imigresen sama seperti tol highway. Tak sampai 5 minit dah siap cop, dan seterusnya urusan imigresen Thailand. Jika anda naik bas, bas akan turun kan anda di bangunan imigresen untuk urusan cop, jika berkereta seperti kami, drive kereta sehingga ke kaunter (seperti tol juga) tapi pegawai minta kami turun kereta untuk semua penumpang. Nak tengok muka dengan jelas. Lama juga tunggu masa ni. Kemudian selesai cop, park kereta di tempat yang disediakan dan hanya owner kereta saja perlu ke bangunan imigresen untuk tunjuk kan insurance, dan cop bahagian borang TM2 (inbound). Sekajap saja. Cuma ambil masa lama masa nak cop passport hampiran 1 jam juga urusan kami di sempadan.

Nampak jernih tapi rasa mantop!


Selepas tu bermula perjalanan kami ke Krabi. Perut da berkeroncong, di pekan Sadao ada banyak gerai-gerai makan di tepi jalan yang sudah dibuka. Cuma kedai-kedai kebanyakkan masih tutup. Kami akhirnya berhenti di masjid. Suami kata mesti ada makanan halal di sekitar masjid. Oh ye, banyak je makanan halal di sini, tengok mesti ada logo halal atau logo bulan bintang tu kat gerai. Kami berhenti untuk sarapan kononya, tapi kat sini pagi-pagi dah jamu nasi. Kami bersarapan dengan nasi bersama sup tulang, dan tom yam. Memang terasa betul masakan Thai dia, nampak saja kuah jernih tapi memang kaw! Makanan kami dalam RM30 dengan portion yang besar. Tak habis makan, keratan ayam pun ketulan besar bukan kecil-kecil.

Tips : Bagus juga jika pagi-pagi anda sudah makan makanan berat kerana khuatir dalam perjalanan anda tidak jumpa tempat makan sesuai. Memandang kan pertama kali memandu sudah pasti anda tidak tahu apa yang ada seterusnya

Kami meneruskan perjalanan, menerusi bandar-bandar kecil yang rupanya seakan sama. Dari sini kami lihat, jalan raya memang cantik, kalah Malaysia. Ya highway mereka dalam kampung dan pekan. Jalan lurus saja, tak berlubang, dan beralun. Bayangkan orang mengandung seperti saya tak rasa sakit-sakit sepanjang perjalanan. Cuma perlu rehat untuk luruskan pinggang dan otot. Sepanjang perjalanan juga banyak Highway Police yang buat roadblock (mereka ada kempen keselamatan jalanraya) ya en suami memandu dengan berhemah sekali. Dalam 80-90km/j saja. Ikut juga mana ada signboard had laju tu, kita ikut. Nanti tak pasal kene tahan pula hehe. Kat sini orang drive relax-relax saja.



Setibanya di Hatyai, kami singgah di stesen minyak PT (kira terkenal dan besar stesen ini macam Petronas sebab banyak kemudahan). Suami memang suka singgah disini sebab selesa untuk ke tanda, ada mini stall juga buah-buahan dan makanan, ada juga coffee shop dan deretan kedai makan. Macam mini RNR lah kiranya. Tapi memang bersih dan selesa. Kalau nak isi minyak, ada macam2 jenis minyak. Isi yang biasa kita isi seperti di Malaysia 95/97. Ada juga stesen minyak yang tiada (spt yang stesen kecil) boleh lihat di signboard stesen. Sebelum masuk border, isi minyak penuh-penuh sebab di Thailand agak mahal. Selesai berehat, saya pula mandikan anak bagi dia selesa di dalam perjalanan jauh. Masa ni kami beli buah-buah dan air latte untuk kunyah-kunyah dalam perjalanan. Mahal sikit buah dalam satu paket RM3.50. Masa ni mandikan Ziyad bagi dia segar, tengok gembiranya dia.



Selepas itu, dalam perjalanan, banyak gerai buah-buahan ada dijual tapi tak sempat singgah sebab en suami dah syok bawak kereta. Dalam otak nak makan buah laici dan ciku. Sedapnye!! Seterusnya perjalanan memang menyegarkan mata. Pokok-pokok dan gunung-gunung batu kapur. Ada satu kawasan tu kami tiba dia tempat pemuliharaan gajah (mungkin sebab tak faham tulisan) sebab ada banyak monumen gajah di sepanjang jalan. Tapi sayang, kami tak dapat berhenti untuk tangkap gambar sebab hujan mulai lebat. Perjalanan kami di sirami air hujan sepoi-sepoi bahasa. Kalau tidur memang sedap. Kadang-kadang terlelap juga, tapi kami bertiga (dewasa) pergi, if saya tidur, mertua temankan suami. Suami agak steady bawak kereta. Ada juga masa mengantuk, dia akan cari stesen minyak untuk segarkan badan.



Sampai di pekan Krabi..agak jem sedikit. Maklumlah pekan sibuk dengan pengujung. Selepas airport, jalan agak lengang seperti biasa. Dari pekan Krabi ke Aonang Beach makan masa 30 minit perjalanan. Suasana ke pantai memang berlainan dengan negara kita. Di sini, kawasan bergunung-ganang dengan suasana kampung. Tiba di pekan Aonang dalam pukul 4 petang Malaysia (3 petang Thailand), deretan kedai makan dan pelancong memang banyak. Kami terus menuju ke hotel yang terletak di belakang masjid Aonang.

Hotel Phu Phi Maan, Aonang



Setibanya di sini, memang rasa wahhhhhhhh. Walaupun bukan di tepi pantai tapi suasana hijau dengan permandangan gunung kapur memang cantik. Rasa relax sangat. Cuma tak berapa puas duduk sini sebab dapat 1 malam saja. Tak puas teroka hotel ni. Hotel ini mendapat pengiktirafan Halal jadi makanan di hotel ini, inshaAllah Halal penyediaannya. Dan pekerja hotel ini kebanyakkan orang muslim disini. Staf lobi sopan bertudung. Selesai bersihkan diri dan solat, kami terus menuju ke kolam renang. Kalau nak rehat-rehat memang tertidurlah jawabnye. Anak dah teruja betul. Kolam disini ada banyak, untuk private pool dan juga yang untuk bukan private. Mat Salleh memang bersepah kat sini. Pelik mungkin nampak kami, orang mana pegi pool pakai tshirt haha. Lepas berenang, kami pulang ke bilik dan bersiap-siap untuk ke pekan Aonang. Di hotel ada di sediakan shuttle bus (macam pickup) untuk berjalan di sekitar bandar. Kene tunggu masa sikit lah sebab ada satu saja. Kebetulan pickup ada di hotel, jadi kami terus ke pekan dengan beberapa penumpang hotel yang lain.

Aonang Beach






Memang happening pekan dia, dari hotel kami, deretan kedai dan hotel memang banyak. Makanan halal juga bersepah. Tak risau jika datang di sini. Kata en suami, Krabi memang tempat sesuai untuk bawak keluarga berbanding dengan Phuket, Bali etc sebab di pekan banyak makanan halal dan tak banyak strip club haha. Setakat ni tak nampak lah tetiba ada penari seksi datang minta bergambar haha. Untuk orang tua, sesuai juga ke sini. Di pekan agak sibuk, jadi ramai yang sewa motor untuk senang bergerak. Kami berjalan kaki sekitar kawasan untuk tangkap gambar di pantai dan patah balik semula ke hotel. Di pantai airnya tak jernih seperti di pulau-pulau, tetapi masih ramai mat salleh yang berjemur dan berehat di pantai. For me, tak berapa menarik nak cantik wajib pergi island hoping ya.




Kami berjalan di deretan kedai, memang banyak jual barangan saguhati. Streetfood bersepah tapi hati-hati pilih. Lapar pula selepas berjalan, berhenti satu gerai halal konon nak makan ais krim kelapa, tapi bila nampak dia goreng pad thai (sedap gila) suami order terus tambah nutella pancake dan tom yam. Sedap jugak! Makan kongsi-kongsi macam ni memang seronok dan kenyang. Balik en suami kesian, ajak naik tuk-tuk maklumlah saya pembawakkan. Penat berjalan. Seronok betul naik tuk-tuk. Balik berehat...zzzzz Tapi..en suami memang suka jalan-jalan sorang nak survey-survey dulu. Saya dah kepenatan ni, tertidur sekejap. En suami call minta turun untuk makan malam, masa ini hampir pukul 9 malam.



Bangboo Halal Seafood





Memang dari awal nampak kedai ini saya dah tertarik. Tapi tak sangka suami ajak makan disini. Sama seperti dalam kepala saya. Dari hotel kami berjalan kami menuju ke sini hanya berjalan kaki, pada mulanya nak naik shuttle bus, tapi en suami kata dah dekat sangat. Sebenarnya dah tak larat nak jalan haha, tapi redah saja. Suasana di restoran ini taklah ramai dan padat, hiasannya pula dari buluh. Terdapat pelbagai makanan laut yang sememangnya masih fresh!! Hidup2 lagi ketam, dan ikan.



Memang recommended makan disini, rasa lauk dia memang kaw! Kami order, udang butter (diorang tak pandai buat, mcm udang goreng kunyit), sotong dan ketam sambal (sedap gila), kerabu seafood (sedap dan pedas), green curry (sedap) overall okay if nak try sini. Banyak pilihan seafood yang masih segar. Bayangkan ketam laut (warna biru) pun hidup-hidup.


Bersambung...

1 comment:

  1. Stainless Steel Magnets - titanium arts
    Ironing 토토사이트 the Stainless Steel Magnets (4-Pack). Made in Germany. The titanium ring Titanium bsjeon Arts Stainless Steel Magnets are an alloy made of steel in stainless 1xbet korean steel

    ReplyDelete

@instagram

Latest Instagrams