Raya 2017 | Raya Pertama Part 1

Wednesday, August 2, 2017
Assalamualikum

Raya pertama kami akan berkumpul di Batu 14, Kajang selepas solat raya. Ini kali pertama beraya di Batu 14! Setiap keluarga akan bawa makanan masing-masing untuk juadah raya. Tahun ni kami memilih tema baju raya warna biru. 




Susah nak cari baju size besar yang menawan hati. Wa dapat tahun Creacion by Siti Nurhaliza baru buka di Bangi Sentral. Memang target awal-awal lagi nak tengok baju sebab tak tahan tengok dalam instagram, lawa betul. Awal pukul 10 pagi dah tunggu depan butik, maklumlah Bangi Sentral sekarang ramai orang. Nampak saja, ada size dan cuba. Pejam mata harga dan bayar haha. Raya setahun sekali kan, orang comel pun nak melaram! Btw, ni saiz 3XL memang seronok kalau banyak butik keluarkan saiz besar-besar macam ni.

Baju Melayu suami kami beli di Jalan TAR. Kualiti jahitan dan kain memang bagus. Free butang berbentu keris. Harganya RM120 (kalau tak silap) sama pula dengan keluarga abang ipar. Beli tempat sama. Puas hati juga kata mereka. Baju melayu Ziyad, nenek belikan kan nilai. Harga RM45. Memang exited betul dia dapat satu set baju melayu. Maaf tak sempat nak ambil gambar juadah raya. Semua sedap-sedap belaka. Tengok dah macam kenduri je rasa. Semua ni sepupu-sepupu suami, anak buah, ibubapa saudara.


Anak buah suami, dah besar-besar semuanya. Ziyad paling kecil 😘


 Adik beradik suami


 Keluarga Mertua


 All of us! Memang happening habis!


Btw, Ziyad memang suka dan senang nak bawa berjalan tak banyak kerenah sebab dia suka berkawan dan explore. Tapi memang tak duduk diam lah, dengan berpeluh-peluh sebab berlari sana sini, suara Mama dia je terpekik-pekik panggil sebab takut dia terjatuh haha. Biasalah mak!



No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams