Roadtrip | Nasi Kandar Deen Maju, Penang

Thursday, August 3, 2017
Assalamualaikum 💖

Beberapa minggu yang lepas, kami bercadang pulang ke Penang dalam masa singkat. Abang kepada mertua Wa tak berapa sihat. Mertua bercadang nak balik menaiki kapal terbang, tetapi kebanyakkan jadual penerbangan pada sebelah lewat malam. Suami cadangkan untuk hantar saja mertua balik lebih murah. Bayangkan pagi tu rancang nak hantar mertua tidur di rumah kakak ipar di nilai untuk stanby jika flight ada awal, sebelah petang kami cadang untuk bertolak ke Penang. Gila kan, tapi memang itulah suami. Dia memang suka roadtrip macam ni..so gelabah juga Wa apply cuti. Tak berani juga Wa nak dia balik dengan mertua saja. Sekurang-kurangnya ada peneman waktu balik ke KL nanti, sebab mertua akan tinggal di Penang sementara waktu.

Kami bertolak dalam pukul 6 petang. Suami dah tidur dan rehat, Wa pula packing baju stanby 2 malam, manalah tahu in case apa-apa ada baju lebih. Sepanjang perjalanan, agak mengantuk. Nasib baik ada Starbucks di RNR Rawang. Kami order Cappucino, Americano & Asian Dolce Latte (My Fav!) untuk segarkan kembali mata. Memang terbukti ! Sampai Penang mata kami tak mengantuk langsung. Power betul kopi Starbucks ni. Jadi sesiapa yang nak berjalan jauh, takut mengantuk stanby lah air kopi yang power macam Starbucks untuk berjaga. Tapi kalau tak tahan sangat tu eloklah tidur sekejap.

www.kapitan.com.my
Sampai di Penang dalam pukul 11 malam. Kami terus menuju ke Restoran Kapitan (Most Popular in Penang tau) memang wajib datang sini. Menu wajib order adalah Nasi Briyani Chicken Milani tapi malangnya dah habis!!!!! Kecewa betul encik suami, dialah yang selalu sebut nak makan tu, nasiblah susu badam dia ada hehe. Masa ni memang lapar betul, Ziyad pun makan nasi briyani juga. Kemudian, kami terus check in ke G Inn Hotel. Hotel ni kami book melalui Booking.com saja. On the way pergi tu baru kami booking. Iyalah nak tidur rumah saudara rasa macam tak selesa juga sebab dah jauh malam, tak mahu menyusahkan mereka.


First time juga kami check in hotel ni, dan tak berapa familiar jalan dia. Sampai saja di hotel, dalam hati Wa style dia ala rumah lama. Serem juga la sebab tak ramai menginap disini. Maklumlah esok hari Isnin, pasti ramai dah check out tengah hari tadi. Aura seram tu ada tapi diam kan saja. Haha. Masuk je bilik, memang puas hati. Besar dan selesa, bebaloi dengan harga lebih kurang RM130 untuk satu malam. Not bad! Exited lebih sampai lupa perasaan seram tadi haha. Cuma kawasan hotel ini agak jauh dari tempat makan dan area hotel tak berapa happening. Sekadar nak bermalam menghilangkan penat, memang berbaloi. Alhamdulillah tenang saja kami tidur!







Esok paginya suami dan mertua mencari sarapan, sementara Wa tunggu Ziyad bangun. Budak kecik ni memang bangun lewat hehe. Mereka ke Roti Canai Transfer Road dan tapau roti canai, gulai daging (ramai kata sedap) dan roti bakar. Sementara sarapan, Ziyad pun bangun. Wa mandikan dia dan siap bagi dia sarapan, dan kami pun terus packing untuk check out. Kami terus menuju ke Penang General Hospital untuk melawat abang mertua. Wa dan Ziyad hanya tunggu di dalam kereta, kebetulan suami park kereta di pintu masuk wad. Di tepi-tepi jalan macam-macam kedai makan ada. Tapi tengok dari jauh saja hehe.



Oleh kerana, tiada yang menunggu di hospital (kami rancang nak pulang ke KL terus) kami bawa mertua makan tengah hari dahulu dan hantar ke rumah abangnya untuk bermalam. Kami pergi ke Nasi Kandar Deen Maju! Ok, Wa mengakulah sebelum ni memang tak terliur makan nasi mamak ni. Tapi dah kahwin dengan orang Penang, sekali terjebak habis dengan Nasi Kandar. Haha sedap weh. Nak mencari lokasi kedai dia ni memang berpusing-pusing sebab tak nampak! Dua kali kami pusing jalan sama tapi masih tak nampak kedainya sehingga kami sangka ia mungkin dah tutup. Tiba-tiba kami berhenti betul-betul simpang depan kedai. Nampak besar tulis Nasi Kandar Deen Maju. Alhamdulillah jumpa, if not kempunan juga.

Kebetulan kami sampai tinggal beberapa minit nak buka. Operasi kedai pukul 2.10 petang sehingga 11 malam. Memang sampai takda orang lain beratur jadi kami jadi orang pertama haha. Lauk masih panas dan mengiurkan!!!! Kami ambil kepala ikan, nasi untuk 3 orang dan lauk masing-masing. Total semua RM42 saja. Siapa bungkus satu lagi nasi. Murah gila kot, sebab kepala ikan tu besar jugak untuk makan 3 orang. Mana satu pinggan Wa? 


Selepas memenuhkan nasi di dalam perut, kami ke rumah abang mertua. Mak mertua bercadang nak bermalam beberapa hari di Penang. Jadi sebab tu Wa ikut ke Penang untuk teman suami balik. Memang suami kata boleh drive sendirian, tapi hati isteri ni tak sampai hati tambah pula susah hati. Sebelum balik, kami mencari kopi untuk stanby bila mengantuk nanti. Sekali 3 jenis kopi beli. Kami bertolak dalam pukul 5 petang sampai di Bangi pukul 10 malam. Kami banyak berhenti untuk makan dan rehatkan badan. Memang kali ni, perjalanan kami sangat santai dan tak rushing. Memang enjoy kalau perjalanan macam ni. Badan pun tak letih sangat. Alhamdulillah trip kali ini berjalan lancar. We are looking for next trip tau Papa!

No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams