Weekend | MRT Kajang - MRT Bukit Bintang

Monday, August 14, 2017
Assalamualaikum 💟

Semua dah tahu MRT Fasa kedua telah beroperasi pada pertengahan bulan Julai yang lalu. Memang untung terutamanya rumah mertua berdekatan dengan stesen perhentian Stadium Kajang. Ini kali ketiga kami sekeluarga naik MRT. Kali ini suami cadang nak naik MRT ke Pavilion saja, sebab malas nak drive ke KL.


Hari minggu, memang ramai. Jadi sesiapa yang bercadang nak bawa keluarga menaiki MRT dari Kajang. Elok ambil dari stesen Kajang atau yang berdekatan Sg Jernih di Batu 14 iaitu selepas station Stadium Kajang sebab car park lebih besar dan bertingkat. Jika di Stadium Kajang, parking agak terhad sedikit. Apa yang agak mengelirukan sedikit, pembelian tiket untuk kanak-kanak (percuma bawah 7 tahun) dan warga emas (separuh harga) perlu membeli tiket di kaunter. Rasanya perlu letak signboard besar sikit dan jelas. Kami juga terpinga-pinga sebab ingat boleh beli semuanya di kaunter. Jadi perlu beli asing-asing di mesin tiket. 

Memang luas dan cantik suasana di dalam MRT. Macam biasa Ziyad memang suka kereta api. Papa trainnn!!! Mama trainnn!! Memang tak lekang. Exited sungguh. Oleh kerana tak bawa kereta, Mama kene prepare barang Ziyad serba-serbi dalam bag. Kalau tertinggal memang cari nahas. Dari stesen antara dalam Bandar Kajang saja sudah penuh orang, belum lagi sampai di Kuala Lumpur ok!!!


Dalam masa 30 minit, rasanya kami sampai di stesen Bukit Bintang. Untuk makluman, stesen Bukit Bintang ada dua. Jika beli tiket ambil yang ke Bukit Bintang (Monorail). Ia akan turun pada tempat yang sama dengan Bukit Bintang tetapi tempat check out tiket yang berlainan. Untuk ke Pavilion pilih yang ada Bukit Bintang (Monorail), sebab check out tiket lebih dekat dengan Pavilion. Jika biasa, ia akan betul-betul keluar di Jalan Alor. Di mana, if nak berjalan ke Pavilion tu agak jauh sedikit (banyak juga) haha. Di stesen Bukit Bintang ni banyak jalan keluar, ada Exit macam-macam. Tapi jangan risau, ada signboard dan pegawal yang kita boleh refer.


Sampai saja, keluar betul-betul berhadapan dengan Fahrenheit dan Pavilion. Jalan sikit saja dah boleh sampai. Memang mudah sekarang ni kalau nak ke Pavilion!! Apa lagi terus menuju ke  tempat di hajati. Dup dap dup dap! Wow masuk je rasa macam butik ekslusif. Maaf lah tiada gambar moment-moment indah ketika di dalam butik. Terkedu. Selesai urusan tadi, kami upah sikit dekat si kecil sebab kesian ikut jalan penat-penat. Berilah dia gembira kan, asyik kene marah je buat nonsense. Jalan-jalan di kedai buku Times tapi tiada yang menarik, upah beli animal miniatures. Nampak gembira betul! Tengoklah aksi dia 👦




Super hyper betul dia. Lepas tu kami ke food court nak mengisi perut yang berkeroncong ni. Suami ajak tempat yang selalu dia lepak. Actually memang best makan kat sini, western yang murah dengan portion yang banyak! Tak ingat pula nama kedai dia apa haha.


Lepas makan, memang penat jugaklah sebenarnya bawak anak tak bawak kereta ni. Naik MRT pun dah rasa macam nak terlelap je. Ziyad pula mengamok dalam train, mungkin letih dan mengantuk. Dah la Wa tak dapat seat. Belakang kami ada je orang lelaki muda-muda duduk tapi buat tak tahu pula. Depan kami ada orang tua dan perempuan bawa anak, dan seorang lelaki yang macam acah-acah tidur. Ziyad dah menangis nak susu, bayangkan macam mana Wa nak bagi dia susu dengan berdiri dalam train. Nak tanya seat macam tak sampai hati, masih lagi tenangkan Ziyad dalam keadaan berdiri, masa ni Ziyad dah tak nak kat Papa dia.

Akhirnya lepas nampak kepayahan nak bagi susu dan Ziyad melalak. Chinese ladies ni offer tempat dia. Tak sampai hati nak ambil sebab dia pangku anak dia. Sebab dia beria dan Ziyad pun tak dapat di kawal, Wa duduk lah bagi susu. Masa ni Ziyad da tendang-tendang sebab rimas mungkin. Dalam masa 15 minit dia tertidur. Sedihkan ada orang awam kat Malaysia ni takda sensitiviti. Nampak perempuan mengandung, bawa anak atau orang tua buat tak nampak saja. Teknologi saja maju tak guna kalau fikiran masih mundur.

Muka dah mengantuk

Papa letih dan redha huhu

Budak tak reti penat


No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams