Assalamualaikum
Siapa tak kenal jenama kosmetik antarabangsa Charlotte Tilbury. Ramai MUA yang gunakan jenama ni untuk client mereka especially eyeshadow, bronze & glow, brush, foundation dan blusher. Apa yang menarik perhatian jenama ni, lihat saja dari segi packaging bertemakan maroon gelap dan rose gold. Klasik dan elegen kan dan memang nampak mahal.
Warnanya seakan natural atau my lips but better! Yes bila apply untuk medium skin tone macam Wa rasa macam takda beza. Ia lebih menyerlah jika anda mempunyai tona kulit yang cerah. Ia akan menjadi seakan warna rosy nude tetapi tidak gelap seperti mauve.
Bila apply di tangan, nampak pink mauve kan. Formula dia matte dan creamy sedikit. Bila pakai CT Pillow Talk ni, teringat ia lebih kurang sama dengan MAC Velvet Teddy. Formula yang sama & bau juga lebih kurang sama.
Boleh tengok bila Wa pakai, nampak seolah tak pakai apa-apa pun kat bibir, tapi in real life memang perasan cuma warna agak tidak menonjol. Well, I kinda love it tapi dalam 50-50 juga sama seperti MAC Velvet Teddy yang begitu ramai recommend tapi ia tak menonjol untuk skin macam Wa. Wa agak teruja beli CT Pillow Talk pada mulanya sebab sangat popular. CT Valentine pun cantik juga tapi nasib tak beli kerana ia mungkin akan jadi perkara sama untuk skin tone macam Wa.
Harga untuk satu lipstick ini adalah RM145, boleh dapati di IG @nu.shoppu dengan pembelian pre-order. Pre-order ambil masa 2 minggu saja. Lepas ni nak cuba pula blusher & eyeshadow!
No comments:
Post a Comment