Gambar dari http://uncleseekers.blogspot.my/2010_01_01_archive.html |
RESEPI SAMBAL IKAN SARDIN
Bahan-Bahan
Ayam Brand Makeral (Ikan Sardin pun boleh, tapi Wa suka Makeral)
Sambal Blend (Blend sendiri sedap)
1 Biji Limau Nipis
Bawang Putih
Bawang Merah Besar
Cili Padi
Cara-Caranya
- Tumis bawang putih dan merah. Sehingga layu.
- Masukkan sambal blend tadi, masak sehingga pecah minyak. Pecah minyak tu, tandanya sambal kita dah masak dan lebih sedap. Tak sakit perut makan. Biar sambal tu gelap2 merahnya.
- Kemudian masukkan 1 tin Sardin tadi, masukkan kuah dahulu. Kacau-kacau, biarkan ia sebati gitu.
- Kemudian masukkan sedikit perahan limau nipis, boleh rasa takut termasam sangat ke, boleh repair balik letak garam atau gula.
- Dah rasa agak2 ok tu, masukkan lah ikan dalam tin tu. Dan ketuk-ketuk sikit cili api atau pun belah kan masukkan dalam 2-3 biji. Ikut kemahuan.
- Siap!
Kenapa
Wa suka letak sambal, cili api dan juga limau. Sebab tak nak rasa
hanyir sos ikan sardin tu. Kadang-kadang Wa tambahkan juga kicap sikit (
saja-saja haha). Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment