Jom Kurus | Program Jom Kurus 1 Malaysia Musim ke 9 Minggu Pertama

Thursday, September 21, 2017
Assalamualaikum

Maaf lambat update aktiviti mingguan, buat masa ni Wa banyak share aktiviti kami hari minggu. Maklumlah, masa itu saja dapat isi untuk keluarga. Sementara masih ada masa, kami memang suka keluar bersama dari duduk rumah kalau tiada apa-apa. Hari sabtu yang lepas pada 9 September bermulalah misi Jom Kurus 1 Malaysia musim ke-9 by Kevin Zahri. Program ini memang tak asing lagi kat Malaysia khusus untuk siapa-siapa yang nak turunkan berat badan atau nak sihat! Wa dah lama nak join sebenarnya sebelum kahwin tapi sebab takda kawan masa tu nak join sekali. Bayangkan lepas 2 tahun Wa baru sertai hehe sebab kakak ipar ajak. Wah memang seronok. Wa dah sertai dari musim 8 dan kini bersambung ke musim 9. Memang tak nak lepaskan peluang sebab nak maintain berat badan.


Wa pilih Kajang sebab dah serasi dengan coach sebelum ini, tambahan memang harga berbaloi untuk 4 kali aktiviti yang dilakukan untuk 6 minggu. Setiap kawasan harga berbeza dan aktiviti juga berbeza. Syukur dapat team yang serasi dan hingga kini kami masih berhubung dalam group untuk aktiviti sihat. Wa memang suggest masuk if siapa-siapa yang nak turunkan berat badan. Musim 8 saja Wa berjaya turunkan sebanyak 6kg dalam tempoh 6 minggu dan menurun ke sebanyak 8.4kg sehingga bulan puasa. Tetapi oleh kerana tidak menjaga pemakanan dan kurang aktiviti yang aktif, berat naik semula 6kg haha. Memang sedih dan rugi sangat kan! Sebab tu Wa tak ragu-ragu nak masuk semula.

Hari Sabtu - 9 September
Kami berkumpul di Dewan Batu 14, Kajang untuk sesi pengenalan program dan sesi bergambar. Coach akan ajar macam mana nak kira kalori pengambilan dan yang diperlukan setiap badan. Selepas itu, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 6 minggu. Selepas sesi penerangan, kami mulakan aktiviti untuk kecergasan. Nak tahu setakat mana kempuan kita. Isi borang ukurlilit untuk permulaan sesi, harap-harap banyak pengurangan. Coach memang tekankan, jangan ambil kira berapa berat yang turun, ambil kira inchi yang kurang sebab lebih real!





Hari Ahad - 10 September
Harini Wa tak dapat hadir sebab ada majlis perkahwinan sepupu. Harini ada Kick Off dengan Kevin Zahri. If ikut pengalaman lepas, kick off ni Kevin ajar jadual pemakanan harian dan banyak tips-tips nak turunkan berat badan dari pengalaman peserta yang dah berjaya turunkan berpuluh-puluh kg! Memang semangat dan rugi if tak pergi. Selain tu, coach bagi pilihan if ada peserta lama yang tak nak pergi, boleh ikut aktiviti 10,000 langkah di UKM. Penat tapi seronok


Diari Makanan
Bermulalah sesi laporan diari makanan harian. Memang berdesup-desup gambar masuk dalam group whatsapp. Seronok boleh kongsi resepi. Minggu pertama agak mencabar dan semangat sebenarnya, tapi Wa masih lagi cheat2 sikit hahha




No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams