Ziyad | Minggu Pertama Tadika

Wednesday, February 5, 2020
Pada 6 Januari lalu, Abg Ziyad dah mula masuk tadika. Alhamdulillah rezeki tadika dekat dengan rumah. Masa nak daftar patutnya dah penuh. Tapi saat akhir, cikgu call kata ada yang cancel booking. Jadi dah rezeki dapat daftar dalam satu taman perumahan saja. Wa daftar dia separuh hari saja untuk 5 Tahun ni. Tak nak bagi dia terkejut, sebab memang dari kecil jaga sendiri. Takut dia tak biasa dengan suasana baru.

Hari Pertama
Papa siap-siap beli roti dan susu kotak kecik untuk Abg Ziyad sarapan. Senang nanti, lagipun if sarapan berat-berat, pukul 10 pagi nanti tadika ada beri makan. Malam sebelumnya badan dia suam-suam macam nak demam. Tapi, semangat nak pergi tadika tu membara-bara. Tak sabar sangat kata dia. Masa kejut pagi pun senang. Perkataan pertama, Mama bila Ziyad nak pergi sekolah? Kita pun senang hati tengok dia suka nak ke sekolah. Masam je tengok masa makan, nervous agaknya haha.



Masa ni atok, nenek, nani pun excited. Semua tangkap gambar. Semangat suruh pakai kasut hitam. Padahal budak lain pakai selipar je haha. Hari pertama je pakai kasut. Sampai je tadika, ambil nametag, update info sikit pada cikgu dan juga Abg Ziyad dapat kelas. Pada mulanya dia tak menangis, mungkin tak sangka kene tinggal. Ibubapa lain pun tak tunggu, sebab kelas anak-anak tingkat dua. Nak tunggu pun tak nampak lagipun. Jadi masing-masing balik. Wa nak tunggu pun segan. 

Tepat pukul 12 tengah hari, Wa pun datang ambil dia. Muka dia marah sambil tu bebel-bebel. Mama lambat! Mama tinggal Ziyad! Mama lambat! Ya Allah rupanya dia menangis teruk kat tadika. Kesiannya anak Mama ni. Setiap minit cakap Ziyad tak nak pergi sekolah! Mungkin dia tak sangka, dia kene tinggal dalam masa yang lama. Tak menepati expectation dia. Jadi semua yang seronok dalam tadika jadi tak seronok bagi dia.



Suara dia sebak sangat macam tahan menangis, muram, termenung dan ulang semula tak mahu ke sekolah. Ya Allah risau sangat-sangat tapi hati ni kuatkan, aku kene kuat kalau tak anak aku pun lembik tak nak pergi sekolah. Setiap masa pujuk Ziyad untuk ke sekolah. Wa ambil cuti separuh hari, jadi petang tu ajak dia ikut ke pejabat. Tak nak dia terlalu sedih. Tengok termenung, sampai tertidur dalam kereta. Tak pernah tengok Ziyad diam dan termenung macam ni, sebab dia ceria orangnya.


Sampai pejabat, bagi dia warna. Sikit-sikit tunjuk gambar-gambar cousin, kawan-kawan lain yang sekolah untuk dia tengok. Nampak dia berminat tapi pasti hujung kata, Ziyad tak nak pergi sekolah. Tak best! Mama takda. Puas pujuk dia. Macam mana esok nak pergi sekolah ya. Hmmm. Cakap dengan suami, beli dia something untuk dia pergi sekolah. Malamnya pergi cari toys. Wa cakap kat dia. Papa beli toys, sebab Ziyad nak pergi sekolah. Kalau tak pergi tak dapat la hadiah. Muka terus monyok.. tapi tak tahan pilih toys mahal pulak tu. Angguk saja la Papa dia.

Esok dan sehingga harini, tengok mood, tapi mostly masa hantar dia mesti menangis. Tak banyak la macam minggu pertama sekolah. Selalu masa Wa hantar, menangis sikit. Tapi masuk dalam, dah nampak ok. Anak-anak uols macam ni ke? Wa tengok anak orang lain pergi sekolah relax je. Ada tu jalan sendiri dari kereta masuk pagar. Ziyad masuk je pagar, cemekkkkkk muka sedih menitis la 1-2 air mata. Sampai sekarang tau! Tapi ada perubahan lah, bila balik dia ceria. Alhamdulillah. Cuma agak curious sikit sebab dia jenis tak suka share apa aktiviti sekolah dia.

Kadang-kadang je, bila dia rasa nak cerita. Kita ni punya lah hari-hari tanya apa buat, belajar apa, kawan nama apa, tapi jawapana dia tak tau. Sabar jelah. Suami pun risau. Cuma Wa tengok, dia akan cerita pasal sekolah, bila kita tak tanya dia. Contoh sebelum tidur, dia rajin share apa aktiviti dia buat kat sekolah. Ziyad belajar ABC, Ziyad solat kat sekolah, cikgu haritu pakai kasut baru (HAHA), Ziyad basuh berak sendiri, Ziyad makan mee pedas..antaranya yang dia cerita. But, Wa still rasa dia banyak rahsia!

Some of pictures, hari-hari sarapan. Alhamdulillah walau kat mulut selalu cakap tak nak pergi sekolah, tapi bangun pagi, pakai baju tak pernah buat perangai. If kejut pun tak pernah nak mengamuk ke. Janji kita dukung dia, pujuk elok-elok. Mandi kan air suam kat dia, dia ok je.

    
Wa ajar dia tengok jam. So. hari-hari dia nak pakai jam. Ziyad tengok jarum ni semua duduk atas pukul 12. Masa ni Mama atau Atok dah sampai nak ambil Ziyad balik. So, masa balik dia mesti tengok jam. Dan setiap kali sebelum ke sekolah, soalan dia. Nanti Mama/Atok mesti lambat. Padahal kami lah orang pertama yang datang pickup dia haha. Sabar jelah. Moga Ziyad rajin belajar, dengar kata cikgu dan bijak. Amin.




No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams