Roadtrip | Seberang Prai ke Hatyai Day 1

Wednesday, February 26, 2020
Selesai saja majlis perkahwinan anak buah suami. Pagi-pagi pada Hari Jumaat, kami bertolak dari Hotel Sunway, Seberang Prai ke Hatyai. Anak-anak masa ni tidur. Tiba di Changlun, kami singgah di masjid dan isi borang-borang. Insurance dan dokumen suami dah siap-siap prepare awal, jadi tinggal collect saja pada orangnya. If korang ada kenal orang buat insurance ni lagi better lah, sebab tak buang masa.

Imigresen Thailand


Tiba di Imigresen Bukit Kayu Hitam lalu yang Malaysia punya smooth je. Laluan luas, banyak lorong, tak perlu nak renyah orang kata. Laju je sap-sap habis, lepas saja nak masuk ke Thailand tiba-tiba pegawai dia minta kami turun kereta. Ada yang tak turun, dia pilih-pilih. Bayangkan, kene bawa Ziyad dan Qawiyy secara tiba-tiba dengan diorang tidur lagi. Mana nak cari selipar, nak cari itu ini memang tak sempat. Nasib ada anak kakak suami, diorang tolong dukung anak bergilir-gilir. Ikut pengalaman lepas, kami tak perlu turun, hanya turun di depan kaunter saja dengan kereta. Mungkin sebab cuti sekolah, jadi ramai orang di sempadan, jadi dia pilih-pilih kereta yang kene cop di dalam bangunan.

Apa yang tak best, masa beratur nak cop passport, tiada priority lane, orang tua, budak kecil, semua beratur sama-sama. Hampir 1 jam Wa dukung Qawiyy, bayangkan lenguh tangan ni. Tu satu, kesian pun ada kat budak. Dah la tak bawa susu ke apa. Nasib dia tak meragam, tapi bila last-last tu dia nak buat perangai juga, mungkin penat kan. Lepas cop passport, Wa sebagai pemilik kereta, kena bawa geran kereta dan satu dokumen insurance lagi (orang Insurance yang buat) untuk bawa masuk kereta. Kaunter ni ada lepas kita settle cop passport. Di luar bangunan Imigresen, kaunter ni tak ramai orang. Cuma sign di tempat yang dia tanda, dan dia akan cop dokumen tu untuk kita simpan. Siap!


Sarapan Pagi di Danok
Lepas saja selesai, kami berhenti sarapan di Danok. Terdapat gerai-gerai makananan halal di tepi jalan. Ada berderet-deret. Kalau anda tak bernasib baik, berbas-bas penumpang akan turun sini. Bila ramai, lambat lah makanan dapat hehe. Nasib kami awal. Memang banyak makanan kat sini, kuih-kuih. Pagi-pagi sudah ada pilihan makanan berat seperti nasi. Wa makan nasi Khao Mok (sedap), daging bakar. Masing-masing ada makan Nasi Lemak, Sup Ekor dan lain-lain. Lepas tu, kami meneruskan perjalanan kami ke Hatyai.

Grand Diamond Hotel
Jalan di Thailand lurus saja. Hati-hati, jangan memandu kereta laju. Denda di sini berat, sebab tu kereta di sana memandu dengan cermat. Perjalanan masa ambil selama 1 jam lebih. Sampai di bandar Hatyai, macam berada kat bandar lama contoh macam kat Bandar Muar. Tapi agak besar juga, tak habis nak explore 1 hari! Sementara tunggu bilik siap, Wa sempat mandikan anak-anak dulu kat toilet lobi bagi diorang fresh. Hotel ni memang style lama, perabot dan bau bilik pun bau kayu lama. Tapi so far ok je, yang penting dekat dengan tempat nak jalan-jalan.

Hatyai Cable Car


Oleh sebab sampai hotel awal, so kami decide nak mulakan aktiviti jalan-jalan terus. Tak tahu nak pergi mana, kami ke Hatyai Cable Car naik tuk-tuk. Seronok naik tuk-tuk kat Hatyai sebab besar dan selesa. Muat ramai orang. Tak jauh pun dari hotel dalam 30 minit. Seronok naik ramai-ramai dengan beranginnya. Memang boleh terbuai tidur. Cable Car ni terletak kat bukit (memang lah kene atas bukit kan haha) dan jalan menuju ke atas bukit ni terdapat beberapa tempat sembahyang Buddha, memang besar-besar patung dia. Kita tengok dari jauh lah.

Ada juga ternampak perpustakan negeri (pelik pula tempat perpustakaan atas bukit sunyi macam ni, ada orang datang ke?), tempat tengok bulan/bintang rasanya (ala-ala Planeterium gitu) dan taman-taman (macam hutan lipur gayanya) dan akhir sekali di puncak ada tokong dan Cable Car. Point Cable Car ni ada satu saja, jadi dekat dan tak banyak stage. Kebetulan kami sampai pagi kan, jadi orang tak ramai, memang selesa beratur pun kejap je. Sampai ke point seterusnya, ada tokong juga, dan banyaklah patung-patung mereka. Kat sini bau colok memang kuat, dan mereka memang jual mercun untuk dibakar (mungkin cara mereka sembahyang kot) meletup-letup kuat kat sini, asap pun kuat. Anak kecik memang akan terkejut. Takda apa sangat pun atas ni, sebab tempat orang sembahyang. So, kami cepat-cepat turun semula. Elok nak ke jam tengah hari, orang beratur nak naik  Cable Car punya panjang!





For me, if sampai sini, tak perlu naik Cable Car pun takpa, tak berbaloi pada Wa, tapi just enjoy view kat puncak bukit ni, memang cantik nampak luas permandangan, sambil lepak-lepak dengan angin sepoi-sepoi, ada tangga besar untuk turun, pegi ke kolam. Sini nak tangkap gambar pun cantik tapi mintak maaf la, Wa tak larat nak turun naik tangga jauh nun ke bawah tu. Haha

Restoran Sulaiman



Lepas penat menaiki Cable Car, lapar betul! Kami terus makan tengah hari di Restoran Sulaiman. Mintak maaf gambar makan tak sempat ambil, lapar betul sempai lupa nak snap gambar! Wa order, Sotong Stim Limau, Green Curry, Tom Yam dan nasi. For me, oklah 3/5 Wa bagi. Tom Yam Sofea Bangi lagi sedap haha. Tapi Green Curry dia sedap, pekat betul santan dia. Peh! Lepas kenyang, naik tuk-tuk tadi, pulang ke hotel nak mandi dan rehat. Btw, nak mudah janji dengan orang tuk-tuk mula2 tadi senang nak gerak. Dia boleh je tunggu, dan ambil korang, deal harga baik2 confirm dia tunggu hehe.

Anak-anak mengganas di Hotel
Kalau takda anak kecik, Wa dah pengsan tidur sempai petang haha. Tapi apakan daya anak lelaki dua orang. Yang kecik tu buas yakmat. Yang sorang lagi soalan tak berhenti-henti. Pening nak jawab.  Layan diorang ni memang boleh kasi Mama dia jadi Gorilla. Haha. Yang lawak kalau masuk je bilik hotel, perkara pertama kene sorok adalah telefon hotel. Cabut terus wayar, sorok. Abg Ziyad dulu masa umur 2 tahun macam ni, jenis baik. Duduk je atas katil tengok tv atau layan Youtube dia. Jenis tak usik-usik barang-barang. Tapi Si Adik ni memang pantang. Apa saja bagi dia baru, confirm dia usik! Memang mulut kita ni dok No No No No.

Dia lagi ligat, kita tengok jela, janji tak bahaya. Tapi tak larat uols, suka main plug huhu. Ketak ketuk ketak ketuk bunyi plug. Panjat katil lompat-lompat (Hari kedua kat Hotel dah jatuh katil tersembam, acaner?) Korang rasa? Suami Wa jenis tak duduk bilik, dia akan ambil masa dia untuk merayau sorang-sorang tengok area-area menarik dekat-dekat sini. Wa mood dah ke laut masa ni, penat sangat nak baring takut tertidur, anak-anak kene tengok. Suami takda. Bila suami balik dia pun penat, drive pula dari pagi tadi kan kesian pula. Takpa la bagi dia tidur. Wa masih cuba bertahan. Bukan apa, penat dari pagi sampai nak ke malam. Orang jaga budak memang bermain emosi. Akhirnya, bila petang sikit tu Si Adik tidur, dapat Wa luruskan badan rehat, dapat tarif nafas sikit.

Suami pun dah tegur, muka dah macam jeruk asam tambah garam 5 balang. Nasib dia ajak Wa keluar jalan-jalan malam haha. Kalau tak bawak Wa jalan, Wa rasa memang Wa takda mood kot nak pergi bercuti macam ni. Oleh sebab lain-lain nak pergi Floating Market, kami tak ikut sebab nak ke night market area Lee Garden, lagi pun Si Kecik tidur, bagi dia puas tidur jadi malam dia tak meragam.

If uols bercuti dengan anak kecik, pastikan uols pun dapat rehat yang cukup. Macam Wa if penat memang mood Wa cepat ke laut, especially if Wa sorang-sorang jaga anak. Anak jenis tak usik-usik barang takpa haha. Ni lepa sikit tau-tau ada kerusi, nak panjat side table, masuk toilet, alih-alih dalam almari pun ada hahaha. Sabar je lah. Salute betul mak yang jaga sampai 5-6 orang anak. Memang kene kuat mental dan fizikal.

Lee Garden Night Market





Kebetulan masa ke sini nak Krismas, jadi ada jualan kat tengah2 jalan, bukan yang tempat biasa Lee Garden tu. Tapi memang meriah sangat-sangat. Sebab Wa bawak budak-budak jadi tak sesuai lah nak hadapi lautan manusia sebab padat sangat. Kami pun menuju terus ke Lee Gardens. Agak terkesima sebab meriah gila!! Macam Jalan TAR nak raya. Betul-betul depan Lee Garden, ada deretan jual makanan halal. Udang galah yang selalu viral dalam media sosal tu bukan main-main haha! So, impian nak ke Hatyai memang nak makan udang galah, sotong bakar, kerang besar dan macam-macam.

Stail kami if pergi bercuti, makan puas-puas. Haha, tak kan order sikit-sikit punya. Yang pasti, bawa balik hotel makan lagi haha. Family lain yang tengok pun terkejut sebab kami beli macam-macam. Maklumlah, kita pergi di sana bukan selalu. Masa ni lah nak merasa makan tempat orang kan. Puas la makan kiranya. Lepas puas berjalan, pulang ke hotel, makan-makan dan tidur dengan lenanya. Ya Lenaaaa zzzzzzzzz.





No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams