Weekend | Kapal Terbang di KLIA

Friday, September 8, 2017
Assalamualaikum 💟

Cuti panjang sudah pun habis. Mulalah misi mencari mood kerja. Mana uols pergi cuti yang panjang minggu lepas. Kami hanya habiskan masa di rumah dengan keluarga. Di samping itu, meraikan hari lahir Ziyad. Yes Ziyad dah 2 tahun secara rasminya pada 6 September lepas. Nanti Wa akan share hari sambutan tu.

Ziyad memang suka dengan kapal terbang, dari umurnya mungkin 1 tahun, dia memang exited bila tengok kapal terbang. Dan kini, memangil aeroplane dengan "Apin" sebab pelat lagi. Pantang dengar atau nampak kapal terbang, mesti dia menjerit Apin Apin! Kebetulan, keluarga belah suami ada berkerja dengan syarikat penerbangan. Abang Ipar & Kakak Ipar bawa kami satu tempat yang memang dekat untuk lihat kapal terbang mendarat. Dari sejak itu, suami kerap bawa untuk luangkan masa santai-santai di hujung minggu.




Di sini memang ramai rupanya yang datang semata-mata nak lihat kapal terbang mendarat atau terbang dengan dekat. Tapi mungkin tak semua orang tahu tempat ini. Cukup saya katakan di sekitar KLIA. Ramai datang bawak keluarga dan berpeluang untuk tangkap gambar dengan cantik terutamanya waktu matahari terbenam. Ada yang bawa kereta secara berjemaah sebab nak dapat port tangkap gambar cantik. Macam-macam ragam. Tapi permandangan seperti ini memang kita jarang dapat, jadi memang seronok jika sekali-sekala datang.




Apa aktiviti uols pada hujung minggu?

 

No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams