Jom Makan | Mc Donald's Spicy Korean Burger

Tuesday, August 22, 2017
Assalamualaikum

Baru-baru ni Mc Donald's ada keluarkan burger baru iaitu Spicy Korean Burger. Pada mulanya rasa tak teruja, tapi lepas rasa. Not bad. Roti hitam ni lembut, takda rasa apa-apa yang pelik. Rasa macam roti biasa. Sayur yang ada bukan salad saja, bawang holland pun ada. Wa suka bawang hehe tiada masalah.


Sos pedas ni katanya istimewa, dan memang pedas bagi kanak-kanak. Jika orang dewasa makan, inshaAllah masih boleh tahan, taklah pedas sangat. For me, sos korean ini lah yang buat burger ni terasa sedap. Daging pula dikata diperap dengan kimchi (tak rasa sangat daging ni) cuma daging memang lembut sangat-sangat dan tak berapa padat.  Overall boleh bagi 3.5/5, limited time only tau jadi wajib rasa lah if nak kelainan. My all time favourite burger kat McD adalah GCB. Memang tak boleh move on. I can put this SKB under my favorite list too :)

Harga untuk set RM15.99 manakala ala carte RM12.99. Ramai yang komen tak berapa suka burger ini sebab tak melambangkan rasa Korea! For me, oklah nak Korea macam mana lagi kan. Sos dia memang penyelamat, if sos tak sedap burger ni memang tak rasa apa.



No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams