Raya 2017 | Raya di Jasin, Hotel Hatten & Port Dickson

Wednesday, August 2, 2017
Assalamualaikum

Raya kedua memang jadi rutin tahunan untuk pulang ke kampung. Tahun ni kami sekeluarga becadang beramai-ramai mengambil hotel tidur di Bandar Melaka. Seperti tahun yang sudah, kami balik hari selepas beraya. Tahun ni nak enjoy-enjoy sikit sebab cuti raya lama. Pagi lagi kami bertolak ke Kampung Bukit Senggeh, Jasin. Ziyad moody bangun pagi, tak nak mandi. Hehe. Perjalanan ambil masa 1 jam lebih. Sampai di kampung, berjumpa dengan sepupu-sepupu semua. Seronoklah kami beraya sekali dalam 3-4 kereta.


Duduk dalam kereta pun masih moody lagi. Makan roti saja dalam kereta. Sampai kampung terus mandikan dia. Rumah pertama sampai rumah nenek saudara. Satu-satunya adik arwah atok yang masih hidup lagi.


Rumah kedua, rumah sepupu-sepupu atok. Sebelah rumah saja. Rumah ni kalau raya pertama yang kami cari, kuah kacang dan lemang. Sedap betul.




Baru rumah kedua, baju dah lencun! Lepas tu Ziyad berak pulak haha, dah lah Mama dia kene mandikan dia sekali lagi. Kali ini pakai kan dia baju sleeveless, senang sikit. Kat kampung biasalah panas dia membahang. Tambah budak ni, berlari sana sini, sibuk minum air lepas tu tumpah-tumpah semua. Ni muka ibubapa redha. Lantaklah kau nak, banyak baju Mama bawak. No hal lah. Hehe


Rumah seterusnya, memang elok sangat time makan tengah hari. Dapat lauk panas-panas dengan nasi panas. Ya Allah dua kali tambah! Asam pedas orang Melaka memang sedap. Tambah dengan Ikan Tenggiri Sambal slurppp.


Tak habis beraya sebab dah lambat, kalau ikutkan masih ada beberapa lagi buah rumah kami selalu singgah. Oleh kerana nak ke Melaka, kami percepatkan perjalanan. Nak kerja mandi di swimming pool pun ya juga. Ziyad tidur kepenatan. Memang nyenyak tidur, angkat pun tak sedar.


Tiba di Hotel Hatten, dah lewat petang. Bilik memang best, dapat Junior Suite dalam harga kurang RM300. Junior Suite ni ada hall kecil, ada dua tv, bilik air pun besar.


Pemandangan kami nampak swimming pool. Hotel ni memang best sebab strategik di tengah bandar. Bawah pula ada shopping complex, nak sambung shopping boleh cuci mata H&M. Swimming pool pun besar juga, tak strict sangat dalam pakaian sama seperti Swiss Garden, Melaka.


Pemandangan dari bilik parent Wa pula, dari sini nampak kedai makan Nasi Ayam Kepal Echiban. Nak merasa tapi belum ada kesempatan lagi. Katanya sedap, dan pasti Halal.


Esok pagi, kami pergi habiskan masa di swimming pool lepas sarapan. Tengoklah anak-anak seronok betul. Sekali sekala bawa tempat macam ni, memang seronok dengan keluarga kan. Doa murah rezeki dan kesihatan baik. InshaAllah sampai lagi :)



No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams