Roadtrip | Makan Seafood Tanjung Lumpur Jumpa Bossku! - Part 3

Wednesday, February 5, 2020
Minta maaf, entry untuk malamnya Wa share kat sini. Pada malamnya, kami ke Tanjung Lumpur untuk makan seafood. Lepas siap-siap Wa tunggu suami di lobi dengan anak-anak. Terjumpa ramai orang pakai baju hitam tengah tunggu seseorang gayanya. Di lobi ada kereta Polis sebuah dan beberapa kereta sedang menanti. Tiba-tiba dengan pantas ada seorang yang familiar betul lalu dengan cepat. Putih orangnya, rupanya DS Najib! Wahhh takda orang yang perasaan ok, masa ni takda orang pun tengok. If kita nak tangkap gambar pun memang peluang keemasan. Tapi seimbas je dia lalu dengan ramai gila bodyguard/pengiring dia.



Sampai di Tanjung Lumpur, macam biasa kedai-kedai macam Ana Ikan Bakar Petai, Mail Ikan Bakar penuh dengan orang. Penuh sangat! Suami memandu sehingga ke hujung jalan nak tengok if ada kedai lagi. Sampai jalan mati, ada satu kedai yang kecil tak ramai pun pelanggan. Tapiiiii kereta-kereta ni macam kenal! Rupanya DSN makan kat situ dengan ramai penduduk (saya teka), mungkin ada perjumpaan dan makan malam bersama kan.

Suami ajak makan di sana, kata suami masa dia cek ikan dah tak banyak, udang pun tinggal baki-baki saja. Tuan kedai pun serba salah nak bagi makan situ. Tapi rezeki, kami pun makan kat sana. Wa if makan kedai ikan bakar, suka order ikan bakar kosong. Tak suka ada bakar dengan sambal la apa, sebab tak rasa hangit dia. Oleh kerana tinggal udang, maka suami orang udang masak telur masin. Overall for me, sedap! Yes udang telur masin dia sedap sangat!!! Tak rugi ok, if uols nampak kedai tak ramai orang tu tak semestinya tak best.




Apa yang best, lepas tu dapat bergambar dengan DSN. Sebelum balik, kata orang DSN, tak perlu bayar. Allahu rezeki betul. Terima kasih. Memang tak sangka sangat. Balik ke hotel semula, penat sangat-sangat badan. Memang tak larat sangat, sebab siang tu tak rehat pun lepas sampai melayan si kecik melasak. Letak je kepala, buat susu siap-siap, matikan lampu. Tidur! Sampai Abg Ziyad ajak borak pasal sekolah dia pun, Wa jawab mamai-mamai. Alih-alih tertidur semua. Zzzzzzz penattttt..


No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams