Ziyad | Sambutan Hari Jadi ke 2 Tahun

Tuesday, September 19, 2017
Assalamualaikum

Syukur anak Mama dah masuk ke 2 tahun. Ziyad memang seorang anak yang periang dan bijak. Oleh kerana hari jadi Ziyad pada 6 September, Nani (panggilan nenek di sebelah suami) cadang untuk buat sambutan hari jadi pada Hari Raya Haji. Maklumlah, pada masa itu semua ada dan cuti panjang. Mertua bercadang untuk berkumpul di rumah kakak ipar di Sg. Merab. Sebelum Raya Haji, kami ada buat sambutan kecil-kecilan untuk Ziyad.



Semua adik-beradik belah suami datang memeriahkan lagi. Selaku pengajur majlis la kiranya kami ni, Wa dapat tugasan besar iaitu masak lauk-lauk untuk Shell Out! Untuk suami pula dia settlekan BBQ. Besar betul niat suami, haha kalau ikut kepala nk order KFC dan Dominos saja. Tapi sekali sekala, tambahan memang meriah. Penat juga jadi tukang masak. Pertama kali Wa masak sendiri untuk keluarga yang ramai. Selalunya untuk sendiri-sendiri saja.



Kami beli seafood di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan. Menunya, Udang Butter, Sotong Salted Egg (tak menjadi, di suggestkan goreng tepung dulu baru tak berair), Ketam Masak Merah, Nasi Butter, Pepahat & Lala masak cili dan lain-lain untuk BBQ. Alhamdulillah tak lebih banyak, buat lebih kurang je. Maaf gambar tak banyak sebab sibuk masak haha. Paling sedap ratah ketam masak merah memang sedap. If uols nak buat shell out, beli ketam kecik saja gorengkan dulu dengan kari. Baru sedap nak sedut!


Kek harijadi dari Secret Recepie, seronok sangat Ziyad dapat hadiah dari uncles & aunties dia. Tak berhenti main lepas tu. Kek Spiderman Nani sponser tapi esoknya (Raya Haji) baru dapat makan sebab tukang buat kek ada hal. Oleh kerana itu, kami potong kek lagi!! Hurayy! Sedap betul red velvet!



Alhamdulillah, terima kasih semua terima kasih memeriah kan sambutan hari jadi ini. Doakan Ziyad sihat dan cerdik serta jadi manusia yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa. Amin.

No comments:

Post a Comment

@instagram

Latest Instagrams